Hr Muslim. 272

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui penduduk neraka yang terakhir keluar darinya dan dia menjadi penduduk surga yang terakhir kali masuk surga, yaitu seorang laki-laki yang keluar dari neraka dalam keadaan merangkak, lalu Allah berkata kepadanya, ‘Pergilah, dan masuklah surga. Lalu dia mendatanginya, lalu dikhayalkan kepadanya bahwa surga telah penuh. Lalu dia kembali seraya berkata, ‘Wahai Rabbku, aku mendapatinya telah penuh.’ Maka Allah berfirman kepadanya, ‘Masuklah surga.’ Lalu dia mendatanginya, lalu dikhayalkan kepadanya bahwa ia telah penuh. Lalu dia kembali seraya berkata, ‘Wahai Rabbku, aku mendapatinya telah penuh.’ Maka Allah berkata kepadanya, ‘Pergilah, lalu masuklah ke surga, karena kamu mendapatkan seperti dunia dan sepuluh kali lipat semisalnya, -atau kamu mendapatkan sepuluh kali lipat semisal dunia-.’ Dia berkata, ‘Apakah Engkau mengolok-olokku atau sedangkan Engkau adalah Raja’.” Perawi berkata, “Sungguh aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tertawa hingga gigi gerahamnya terlihat.” Perawi melanjutkan: “Dan dikatakan bahwa dia adalah penduduk surga yang paling rendah kedudukannya.” (HR. Muslim: 272) – http://hadits.in/muslim/272

Advertisements

Hartanah.

Bismillahirahmaanirahim.

Tawaran miliki hartanah untuk semua:

PERUMAHAN EKSKLUSIF “FIRDAUS RESIDENCY”.
INDAH, NYAMAN, AMAN, DAMAI LAGI BARAQAH.

Tersedia 4 JENIS KEDIAMAN UNTUK DIREBUT:

  1. Jannatun Na’i’m
  2. Jannatul Ma’wa
  3. Jannatul Firdaus
  4. Jannatun ‘Adn
    (Semua Jenis tersedia utk milik mutlak anda)

FASILITI & LANDSKAP :

  • Sungai Susu Salsabila
  • Danau Terindah Al-Kautsar
  • Tanpa perlu bayar bil dan cukai pintu bagi semua lot
  • Tinjauan tidak Terbatas
  • Akses Masuk ke-8 Pintu
  • Taman Mainan Anak2 Sholeh/Sholehah
  • Taman-taman dipenuhi pohon buah-buahan, nikmat yg tidak pernah putus untuk dinikmati.
  • Bonus Bidadari & Bidadara
  • Hak milik Abadi Selama2nya
    (Free Hold).

SYARAT TEMPAHAN:

  1. Taubat & Kembali kpd JlnNya.
  2. Berpegang Teguh AgamaNya.
  3. Laksanakan Syari’atNya.
  4. Rezeki yang Halalan Thaiyibah.

DEPOSIT:

  • 100% Solat Fardu & Sunat
  • 2.5% harta utk Zakat
  • 100% Rajin sedekah & Infaq
  • 100% Luangkan waktu utk baca Al-Qu’an & Majlis Ilmu
  • Usaha Beramal soleh
  • Eratkan Sillaturrahim
  • Doakan kedua Orang tua
  • Berdakwah
  • Jauh diri dari maksiat & khurafat

Masa sangat Terhad!
Stock Penghuni tidak Terhad!
Dijamin didalam Al-Quran!

Lebihkan ibadah Solat Tahajjud disetiap malam bagi menjamin tempat yang lebih baik.

Kunjungi kami di:
Masjid2, Surau2, Madrasah, Majlis ‘ilmu, Majlis Dzikir & Selawat

Inilah sebaik2 Kediaman. Tempah sekarang juga, tua atau muda, miskin atau kaya semua layak memohon tanpa syarat!

Mari sama2 kita rebut peluang ini sebelum terlambat, masa semakin singkat.

Kongsi Ya!👍

Sombong.

Permulaan sebuah kehancuran adalah datangnya sifat sombong.

Hancurnya usaha dan penat lelah kita, bila dalam hati datang sifat sombong.

Hancurnya silaturahim antara keluarga, bila dalam hati penuh sifat sombong.

Hancurnya agama seseorang, ketika mana ilmu dan akhlaknya hancur dek kerana sombong.

Lihat dan renung nasib Iblis. Pengakhirannya adalah neraka dan kekal dia di dalamnya selamanya dek kerana sifat sombong dan takabbur.